Published with Blogger-droid v1.6.5
15 November 2010
Majlis Konvokesyen 2010
Majlis Konvokesyen telah berlangsung pada Ahad, 14 November 2010. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah PASTI Negeri, Encik Mohd. Anuar Ali. Seramai 17 pelajar 6 tahun menerima sijil tamat pengajian mereka dalam majlis yang berlangsung gilang gemilang itu.
26 October 2010
Pendaftaran Pelajar Baru 2011
PASTI Al-Iman Tuaran.
Pendaftaran Pelajar Baru sesi Pengajian 2011 telah dibuka. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cikgu Anisah di talian 088-793103 atau 016-5859985

24 September 2010
22 September 2010
Perasmian bangunan PASTI AL-IMAN Tuaran
16/09/2010 - Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, telah merasmikan bangunan PASTI yang telah siap divina pada,awal tahun ibi dan terus beriperasi sejurus siap pembubaannya. Turut hadir dalam majlis perasmian yang diadakan secara sederhana ini, Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Ustaz Haji Mohamad.
Published with Blogger-droid v1.5.9
09 April 2010
Piagam Pelanggan
- Pelajar dapat menguasai kemahiran asas 4M (membaca, menulis, mengira and menghafal)
- Sentiasa mengemaskini proses pengajaran & Pembelajaran selari dengan perkembangan terkini dalam pendidikan.
- Menyediakan suasana pembelajaran kondusif bagi menjamin persekitaran pembelajaran yang sihat.
- Sentiasa proaktif terhadap setiap teguran, saranan dan pandangan ke arah kecemerlangan pendidikan PASTI.
- Sentiasa mengembangkan potensi murid berdasarkan kecenderungan bakat dan kebolehan masing-masing.
FALSAFAH PENDIDIKAN
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara kearah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat
FALSAFAH PENDIDIKAN PASTI
Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek Syakhsiyyah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada ISLAM, IMAN DAN IHSAN. Mengambil kira potensi dan bakat yang sedia ada, pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, psikomotor, bahasa sosio emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam. Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi warga yang cintakan negara serta berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai oleh Allah S.W,T di dunia dan di akhirat.

Objektif, Visi dan Misi Pendidikan PASTI
VISI
Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui pendidikanp pra sekolah sebagai elemen terpenting
MISI
Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan serta kuantiti PASTI di Malaysia bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam
MATLAMAT PENUBUHAN PASTI
Matlamat Am

- Mengembalikan pemafahaman masyarakat umum kepada kepentingannya pendidikan Islam dan meransang kepekaan kebangkitan Islam sejagat.
- Mengadakan pendidikan awal (pra-sekolah) bagi melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia.
- Menyediakan wadah awal pendidikan berorentasikan harakah Islamiah untuk jangka masa panjang.
- Menjadi pusat untuk membentuk fikrah masyarakat yang sedang mengalami dan menghadapi keruntuhan aqidah dan akhlak akibat dari serangan ideologi sekular dan kebendaan.
- Menyedarkan masyarakat umum tentang hakikat tarbiyah Islamiyyah beristiqamah dan beriltizam dengan Islam.
Matlamat Khas
- Menyedar dan meningkatkan kesempurnaan Tauhid agar beramal dengan setiap kebaikan yang diredhai Allah dan RasulNya dan meninggalkan setiap kemungkaran yang dimurkai Allah S.W.T.
- Membentuk peribadi insan agar mencontohi peribadi mulia Rasulullah s.a.w.
- Memberi galakkan kepada kanak-kanak secara intensif agar mereka dapat menjiwai fitrah kelahiran manusia dan mengabdikan diri hanya kepada Allah
- Memberi kesedaran betapa pentingnya bahasa sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian terutamanya bahasa Al-Quran
OBJEKTIF PENDIDIKAN PASTI
- Menyediakan proses pendidikan awal yang berorentasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.
- Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.
- Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah , akhlak dan cenderong melakukan ma’ruf serta meninggalkan mungkar.
- Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran , doa dan zikir.
- Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak asas-asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis dan menghafal.
Sejarah PASTI Malaysia

Cetusan idea untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bermula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pendidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu maka timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam. Pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM.
Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini ialah Kedah dan Terengganu. Satu perkara yang menarik pada ketika itu ialah dari segi pengasasan pengelolaan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan. Persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan pra sekolah kepada ABIM seawal tahun 1980 an. Maka lahirlah pusat- pusat pendidikan pra sekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).
Di Terengganu pada tahun 1985 TASKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu. Manakala di Kelantan pusat pra sekolah yang dikenali sebagai Putra Islam yang di kendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan sejak tahun 1988.
Di Kedah dan beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara telah wujud pusat-pusat pra sekolah yang diberi nama Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI) yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS negeri masing-masing. Tanggal 10 April 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Muktamar Tahunan Ke-28 telah meluluskan usul pendidikan yang mendesak diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di peringkat Pusat. Ustaz Abu Bakar Abdullah dari Terengganu telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan PASTI yang pertama.
Seminar PASTI
Pada 29- 30 Mei 1988 telah berlangsung Seminar Prasekolah di Masjid Rusila Marang, Terengganu yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu "Struktur Organisasi dan Penyelarasan Pendidikan Prasekolah" oleh Ustaz Abd Halim Arshat dan "Penyelarasan Manhaj Pendidikan Prasekolah' oleh Ustaz Harun Taib. Ustaz Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah PASTI Pusat yang pertama pada 18 Mei 1989 bersama Sdra. Haji Mohd Najib Fahami Haji Yahaya sebagai Timbalan Ketua Pengarah. Sdra. Ishak Ismail sebagai Setiausaha dan Sdra. Noh Ahmad sebagai Bendahari serta Pengarah-Pengarah PASTI Negeri sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI Pusat.
Logo
Pada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.
PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan pertambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

08 April 2010
PASTI Al-Iman Tuaran
Bismillah. Dengan nama Allah. Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. Wassolatu wassalamu ala saiyidina Muhammad wa ala alihi. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad dan keluarga Baginda.
Blog PASTI Al-Iman Tuaran akan mula beroperasi dengan memaparkan berita terkini PASTI dan maklumat berkaitan PASTI untuk tatapan umum.
Semoga ianya akan bermanfaat kepada semua.
Wabmaster
23 Rabiul Akhir 1431

Subscribe to:
Posts (Atom)